Pendaftaran dan Pengemaskinian Portal PADU

4 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 - 5 Januari 2024, pihak dari Jabatan Perangkaan Sri Aman dengan kerjasama PEDi Melugu telah mengadakan program pendaftaran dan pengemaskinian portal PADU bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini diadakan bertujuan bagi membolehkan komuniti mengisi dan mengemaskini maklumat peribadi mereka menggunakan sistem PADU.

Semasa program ini dijalankan, terdapat 2 orang pegawai dari Jabatan Perangkaan Sri Aman telah ditempatkan bagi membantu komuniti yang hadir untuk mendaftar maklumat diri mereka dalam sistem ini. Komuniti yang telah berumur 18 tahun ke atas dan merupakan Ketua Isi Rumah diwajibkan untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum memasukkan nama-nama ahli isi rumah mereka. Terdapat beberapa kategori maklumat yang wajib diisi oleh setiap individu yang telah mendaftar. Individu yang telah melengkapkan kesemua bahagian dalam sistem berkenaan akan menerima mesej pemberitahuan mengenai pengesahan perakuan profil yang telah diterima dalam nombor telefon yang didaftarkan.

Program pendaftaran dan pengemaskinian ini akan dilanjutkan sehingga hujung bulan Mac 2024 bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia yang telah berumur 18 tahun ke atas mendaftarkan diri mereka bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial. Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat diri boleh dilakukan samaada melalui komputer, tablet atau telefon bimbit yang mempunyai jaringan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali